Isteri Hisyam Hamid Tiada Masalah Urus Kerjaya Suami Dari Singapura

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 12:54 PM

Rosmawati memberitahu dia dan suaminya kerap komunikasi sekiranya berjauhan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Hisyam Hamid  tidak mempunyai masalah menguruskan kerjaya lakonannya suaminya dari Singapura.

Rosmawati Hanafi, 33, berkata, biarpun berjauhan namun komunikasi kerap di antara mereka memudahkan urusan dan  semua perkara berkaitan kerjaya suaminya berjalan lancar.

"Jika ada masa dan tidak sibuk menguruskan dua anak kami saya akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengannya dan kebiasaannya Hisyam akan pulang ke Singapura untuk bersama kami dan berbincang mengenai jadual lakonannya.

"Walaupun pada mulanya sedikit sukar kerana perlu membiasakan diri namun komunikasi setiap hari di antara kami memudahkan semua yang dirancang," katanya kepada mStar Online.

Rosmawati memberitahu dia bersikap profesional apabila berkaitan hal kerjaya suaminya.

Hisyam mula dikenali menerusi drama Ariana Rose yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun ini dan sejak itu namanya mula mendapat perhatian peminat dan syarikat produksi.

Dalam pada itu, Rosmawati berkata, mereka bersikap profesional apabila melibatkan kerjaya lakonan suaminya. 

Jelas Rosmawati, semua tawaran yang ingin diberikan kepada Hisyam akan diteliti terlebih dahulu oleh suaminya sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Ramai yang salah faham saya yang aturkan semua jadual dan drama apa yang boleh diterima oleh suami dan kami profesional apabila hal berkaitan dengan kerja," ujarnya.

Tambah Rosmawati, suaminya  bukan seorang yang terlalu cerewet namun dia agak teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, Rosmawati berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk bersikap cemburu terhadap Hisyam apabila terpaksa berjauhan.

Hisyam
Nama Hisyam menjadi sebutan selepas membintangi drama bersiri Ariana Rose yang mendapat sambutan hebat.

Dia juga memahami kerjaya Hisyam dan apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah semata-mata untuk keluarga mereka.

"Paling penting bersikap positif dan komunikasi di antara pasangan perlu ada bagi mengelakkan sebarang salah faham pada masa hadapan," ujarnya.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 7 dan Hayden yang kini berusia lima tahun.

Tags / Kata Kunci: Hisyam Hamid , Rosmawati Hanafi , Ariana Rose

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan