Promosi 'Zombi Kilang Biskut' Dihentikan Hormati Insiden MH370

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 7:17 PM

Mamat Khalid membatalkan semua rangka promosi filem Zombi Kilang Biskut bagi menghormati insiden MH370.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Mamat Khalid  telah membatalkan semua promosi terhadap filem Zombi Kilang Biskut yang telah ditayangkan di pawagam bermula pada 20 Mac lalu bagi menghormati insiden pesawat Malaysia Airlines MH370.

Mamat berkata, sehingga kini promosi yang dirancang membabitkan beberapa pelakon popular sepanjang filem itu ditayangkan turut dibatalkan. 

"Seperti yang kita tahu negara sedang bersedih dan kalau diikutkan hati, saya tidak mahu filem ini ditayangkan pun, namun begitu ia sudah ditetapkan oleh pihak wajib tayang.

"Saya telah membatalkan semua promosi yang telah dirancang sepanjang filem itu ditayangkan termasuk promosi besar-besaran menyerang panggung bersama semua pelakon Zombi Kilang Biskut," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, ditanya tentang kutipan selepas beberapa hari filem tersebut ditayangkan, Mamat berkata, dia hanya pasrah dengan hasil kutipan yang bakal diperoleh.

"Kita sudah tidak mengharapkan seperti sasaran awal kerana perkara sebegini sukar dijangkakan, namun Alhamdulillah setakat tiga hari tayangan ia berjaya mendapat 530, 000.

"Berapa pun kutipannya, saya hanya berserah sahaja, namun dengan angka itu dalam masa tiga hari, ia sudah dikira baik," katanya.

Tambah Mamat, dia tidak berasa kesal atau sedih dengan kutipan yang terjejas akibat kejadian tersebut, malah turut bersimpati terhadap keluarga serta nasib penumpang dan anak kapal yang terlibat dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Mamat berharap tayangan filem ini akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada penonton memandangkan seluruh rakyat Malaysia kini sedang bersedih dengan insiden tersebut.

 

Tags / Kata Kunci: Zombi Kilang Biksut , Mamat Khalid , MH370

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan