Filem Pertama RM5j Belum Tayang, Penerbit Ambil Risiko Terbit Filem Kedua

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 7:20 PM

sfwe

Nabil Ahmad, antara pelakon yang terlibat dalam filem Tuli Sekampung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit filem Karya Prima Productions Sdn Bhd sanggup mengambil risiko melaburkan wang sejumlah RM1.5 juta bagi menerbitkan filem baharu, Tuli Sekampung walaupun filem pertama syarikat tersebut, Bravo V bernilai RM5 juta masih belum ditayangkan.

Penerbitnya, Nik Nor Ashikin Nik Abd Majid berkata, dia berani berbuat demikian kerana yakin, pengarah Tuli Sekampung iaitu Mohd Nor Kassim mampu memberikan hasil karya menarik yang mampu menarik perhatian penonton.

"Saya tahu, ada pihak bertanya, kenapa keluar filem kedua apabila Bravo V pon belum ditayangkan lagi, kerana ia mungkin boleh mendatangkan kerugian.

"Bagaimanapun saya ada alasan sendiri. Bravo V merupakan karya unik di mana ia mempunyai tarikan tersendiri terhadap masyarakat. Begitu juga dengan Tuli Sekampung, saya mempunyai pengarah yang bagus, di mana dia mampu beri hasil yang terbaik. Jadi saya tidak perlu risau," katanya.

wre
Nik Nor Ashikin Nik Abd Majid
Bravo V yang turut melibatkan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, mengisahkan lima anggota komando memperjuangkan tanah air dibintangi oleh Remy Ishak, Shashi Tharan, Beto Khusyairi, France Peterson, Fong U-Shin, Xavier dan Soffi Jikan ini.

Filem Tuli Sekampung pula mengisahkan isu kemasyarakatan menceritakan tentang pengembaraan dua rakan, Yus dan Bil, yang merupakan pengembala dan penjaga lembu di ladang Hi Chapral.

Pengembaraan Bil dan Yus bermula apabila majikan mereka, Haji Lobo memberitahu bahawa, lembu baka A1 bernama Jogho telah diculik. Namun mereka tidak mengendahkan kehilangan lembu tersebut.

"Isu masyarakat merupakan sesuatu yang sentiasa relevan. Dengan garapan jalan cerita komedi dan pelakon-pelakon yang bagus, saya yakin, Tuli Sekampung merupakan karya yang boleh dibanggakan," ujarnya.

Bakal menjalani pengambaran sekitar  Banting, Klang dan Kuala Lumpur, Tuli Sekampung dibintangi pelakon Nabil Ahmad, Taiyuddn Bakar, Leez AF 4, Rosli Subuh, Beto Kusyairy, Yus Jambu, Namron, Shuk SYJ, Wan Hanafi Su, Khabir Bhatia dan Zahiril Adzim.

Tags / Kata Kunci: Bravo V , Tuli Sekampung

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan