Zahiril Adzim Minta Bantuan Bapa Dalami Watak OKU

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 4:47 PM

Zahiril bakal tampil dengan filem terbaharunya berjudul Pekak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim memberitahu akan meminta bantuan bapanya bagi mendalami watak sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dalam filem teerbitan Grand Brilliance berjudul Pekak.

Zahiril, 30, berkata, dia akan meminta pandangan bapanya mengenai karakter dan cara golongan yang mengalami masalah pendengaran berkomunikasi memandangkan beliau adalah seorang guru disebuah sekolah pendidikan khas.

"Saya akan meminta pandangan bapa untuk mendalami karakter, cara mereka berinteraksi dengan masyarakat dan bahasa isyarat sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran filem tersebut," katanya kepada mStar Online

Zahiril ditemui pada sesi bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas di sini pada Khamis lalu.

Pekak turut dibintangi oleh Sharifah Amani, Sharifah Sakinah dan Zaidi Omar dan ia akan menjalani penggambaran pada 24 Mac ini di sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, bercakap mengenai filem arahan Khairul Azri itu, Zahiril berkata, dia tertarik untuk terlibat dalam projek itu adalah kerana jalan cerita yang ditampilkan berbeza daripada karya lain.

Malah kata Zahiril, cabaran untuk menjayakan peranan sebagai OKU juga membuatkan dia lebih teruja untuk berlakon dalam filem berkenaan kerana belum pernah membawa watak sedemikian.

"Ia adalah sebuah filem yang berat dan watak saya sebagai orang pekak amat mencabar kerana perlu banyak bermain dengan ekspresi wajah memandangkan saya tidak mempunyai skrip.

Bagaimanapun kata Zahiril, dia tidak melalui jalan mudah untuk mendapat peranan itu sebaliknya perlu menghadiri uji bakat yang diadakan bagi memastikan dia adalah calon sesuai untuk filem berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Zahiril Adzim , Pekak , OKU , Filem.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan