Suria FM & Capital FM Beri Tiket Konsert Pesona Cinta - Berita Hiburan | mStar

Suria FM & Capital FM Beri Tiket Konsert Pesona Cinta

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 4:09 PM

wq

Dayang Nurfaizah bakal menggegarkan pentas Istana Budaya menerusi konsert Pesona Cinta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM dan Capital FM memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi tiket ke konsert penyanyi Dayang Nurfaizah bersama Marcell iaitu Marcell & Dayang Pesona Cinta di Istana Budaya pada 29 Mac ini.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin  berkata, selaku rakan media konsert tersebut, Suria FM akan memberi 56 keping tiket manakala Capital FM akan memberikan 44 keping tiket kepada para pendengar bertuah menerusi peraduan yang dianjurkan.

"Melalui Suria FM, pendengar boleh memenanginya menerusi tiga segmen di Suria FM iaitu segmen Ceria Pagi yang keudara pada pukul 5 hingga 10 pagi, segmen Ceria Petang (pukul 4 petang hingga 8 malam) dan Suria Cinta (pukul 10 malam hingga 2 pagi. 

"Pendengar hanya perlu menjadi penghantar SMS (sistem khidmat ringkas) yang pertama dengan kata laluan 'Dayang Marcell' dan hantarkan ke 33988. 

d
Marcell
"Manakala bagi Capital FM, hanya pemanggil pertama yang menelefon selepas lagu Dayang dan Marcell keudara menerusi segmen Capital Breakfast pada pukul 6 hingga 10 pagi dan The Jam Break (4 petang hingga 8 malam) akan memenangi tiket tersebut," katanya dalam satu kenyataan media kepada mStar Online, di sini, Jumaat. 

Tambah Adiwati, pendengar juga boleh memenangi tiket tersebut menerusi laman web Suria FM dan Capital FM dengan hanya perlu jawab tiga soalan mudah, selain mengisi slogan.

Konsert Marcell & Dayang Pesona Cinta anjuran JAG Signature Events bakal berlangsung pada 29 Mac ini di Istana Budaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my dan www.capitalfm.com.my.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan