Nora Danish Bukan Anak Emas - Pengarah

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 8:53 PM

sgtw4

Eyra Rahman tidak pernah menganggap Nora Danish sebagai 'anak emas' namun merasakan pelakon itu cukup serasi apabila bekerjasama dengan filem-filem arahannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Eyra Rahman tidak pernah menganggap Nora Danish sebagai aktres kesayangannya seperti yang didakwa sesetengah pihak memandangkan sering memilih pelakon itu setiap kali menghasilkan filem.

Antara karya-karya Eyra melibatkan Nora termasuklah filem Dua kalimah, Pengantin Malam, Bencinta, Aku Terima Nikahnya dan terbaharu adalah Gudang Kubur.

Eyra berkata, dia juga tidak pernah menganggap Nora sebagai 'anak emas' namun merasakan pelakon itu cukup serasi apabila bekerjasama dengan filem-filem arahannya.

"Bagi saya, Nora adalah antara pelakon yang matang. Bukan itu sahaja, daripada segi komitmen, pemahaman dan penyampaiannya membuatkan saya cukup senang bekerja dengannya.

"Sebab itu saya selalu pilih dia berlakon. Bukan kerana dia adalah 'anak emas' saya tetapi kami saling memahami apa yang diinginkan dalam kerja masing-masing," katanya pada majlis doa selamat filem Gudang Kubur di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada Jumaat.

sdg
Nora Danish
Antara pelakon yang turut hadir pada majlis ietu termasuklah Faizal Hussein, Atikah Suhaimie, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Along Ezyendy dan  Pablo Amirul. Bagaimanapun, Nora sebagai pelakon utamanya tidak dapat hadir ke majlis tersebut

Sementara itu, Filem Gudang Kubur akan memulakan penggambaran bermula 25 Mac ini di sekitar kawasan ibu kota.

Kata Eyra filem ini akan memberi sedikit cabaran buatnya memandangkan dia kini sedang hamil lapan bulan.

"Saya sudah mendapat pengesahan doktor untuk menjalani penggambaran dan diharap penggambaran ini berjalan dengan lancar.

"Lagipun mujurlah kru yang akan terlibat faham dengan apa yang saya nak apabila berada di lokasi, itu pun sudah menyenangkan kerja saya," ujarnya.

Gudang Kubur mengisahkan tentang Anwar (Faizal Hussein) yang membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya. Isteri Anwar, Zarra (Nora) turut membantu menguruskan perniagaan tersebut.

Pada mulanya, perniagaan Anwar berjalan dengan lancar malah dia dan Zarra turut bahagia sehinggalah apabila mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Tags / Kata Kunci: Eyra rahman , Gudang Kubur , Nora Danish , MIG

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan