'Tanya Dia, Jangan Tanya Saya' - Suami Sari Yanti

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 2:00 AM

Mohd Edy berkata dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu.


Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian".

Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.

Sari Yanti menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan. 

"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.

"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya.

Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.

Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.

Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.

Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan