Majlis Resepsi Editor Hiburan mStar Meriah Dengan Kehadiran Ramai Artis

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 4:30 AM

Majlis persandingan Niezam penuh meriah dengan kehadiran ramai selebriti tempatan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis persandingan editor hiburan mStar Online iaitu Niezam Abdullah dan pasangannya Siti Noraziah Sukarni pada Sabtu lalu meriah dengan kehadiran artis-artis tempatan.

Acara persandingan tersebut berlangsung di Dewan Majlis Daerah, Jalan Taman Merdeka, Selama, Perak.

Antara artis yang hadir termasuklah Azmir Arif, Zaibo, Fara Fauzana, Shamsul Ghau Ghau, Imran Ismail, Fazli Zainal, Ayu (OIAM) Datuk Rosyam Nor, Syafiq Kyle, Shaari (AF), Azza (Elite), Farawahida dan Haiza.

Dalam pada itu, artis-artis seperti Azmir, Farawahida, Haiza dan Ayu turut menghiburkan pengantin dan para tetamu dengan mempersembahkan lagu-lagu nyanyian mereka.

fara
Fara Fauzana turut memeriahkan majlis persandingan Niezam dan Noraziah.

Niezam, 40, sah bergelar suami kepada Noraziah, 26,  dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Pantai Besar, Batu Kurau, Taiping, Perak Jumaat lalu.

Akad Nikah disempurnakan oleh Naib Kadi Kariah masjid tersebut, Ustaz Khairi Ahmad. Pengantin perempuan diwalikan oleh abang sulungnya, Za'ba Sukarni.

Niezam memberikan mas kahwin sebanyak RM500 beserta wang hantaran berjumlah RM10,110.10.

Pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.


Tags / Kata Kunci: Niezam Abdullah , Kahwin

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan