Zalif Sidek Terkilan Adegan Dipotong Kerana Diserang Asma

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 2:19 PM

Zalif memberitahu kesihatannya terjejas akibat cuaca panasa dan jerebu yang sedang dialami negara ketika ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zalif Sidek mengakui terkilan kerana tidak dapat melakukan beberapa adegan dalam telefilem Kem Cuci Tangan selepas diserang penyakit asma Ahad lalu.

Zalif, 29, berkata, kesihatannya terjejas akibat keadaan cuaca panas dan jerebu ketika hari-hari terakhir penggambaran telefilem tersebut yang dilakukan di Tanjung Bidara, Melaka. 

"Saya agak kesal kerana telah menyusahkan pihak produksi, beberapa adegan berat yang melibatkan penggambaran dalam hutan terpaksa dipotong kerana masalah kesihatan saya ini.

"Namun saya tetap melakukan dua adegan akhir, walaupun ketika itu pengarah tidak benarkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Zalif dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Terendak di Melaka selepas kesukaran bernafas pada 16 dan 17 Mac lalu.

Tambah Zalif, dia kemudian meminta kebenaran untuk keluar dan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.

"Saya dibawa ke hospital selepas sukar untuk bernafas dan di tahan di wad untuk rawatan selama dua hari sebelum saya meminta untuk dipindahkan di mana-mana hospital di Kuala Lumpur.

Zalif Sidek
Zalif ditahan di hospital selama dua hari akibat penyakit asma. Foto Instagram Zalif.

"Semalam (Selasa) saya buat pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh dan doktor telah membenarkan saya untuk berehat sahaja di rumah," katanya.

Zalif berkata, kejadian ini merupakan kali kedua dia diserang asma dengan teruk dan di tahan di hospital.

Katanya, kejadian pertama berlaku ketika berusia 12 tahun sehingga dia terpaksa mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital akibat penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, dia juga dinasihatkan untuk berhenti merokok bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang dan menjadi lebih teruk lagi.

"Saya akan cuba mengurangkan tabiat merokok kerana saya sedar ia akan memburukkan lagi keadaan kesihatan saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zalif kini sibuk dengan promosi filem terbaharunya berjudul Lu Gua Bro yang bakal berada di pawagam pada 27 Mac ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan