Adibah Noor Bela 34 Ekor Kucing - Berita Hiburan | mStar

Adibah Noor Bela 34 Ekor Kucing

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 6:00 AM

adi

Abibah sanggup berhabis wang demi kucing-kucing kesayangannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adibah Noor mengakui sanggup berhabis wang demi membela sebanyak 34 ekor kucing di rumahnya.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing-kucing yang dibela.

"Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

"Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," katanya kepada mSTar Online pada Selasa.

Tambah Adibah, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah satu penghalang untuk mengingati setiap nama kucing-kucingnya dan  boleh mengesan sekiranya salah satu daripada kucing tersebut hilang.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Adibah yang juga merupakan penyampai radio Suria FM bakal muncul dengan sebuah album berkonsep duet tidak lama lagi.

adi
Antara gambar-ga,bar kucing yang dimuat naik dalam Instagram milik Adibah Noor.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu, setakat ini dia telah merakamkan sebanyak empat buah lagu dan antara penyanyi yang terlibat termasuklah Dina Nazir, Sam Innuendo, Datuk M. Nasir, Azlina Aziz, Liza Aziz, Asmidar, Hazama dan Faizal Tahir.

"Alhamdulillah, proses rakaman masih lagi dijalankan. Sebenarnya konsep album duet ini sudah lama ada di negara luar cuma kita sahaja yang tidak pernah praktikkan di sini.

"Jadi saya mahu cuba konsep duet sebagai pembaharuan dalam industri muzik tempatan kita.

"Dalam pada itu saya mahu lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai konsep yang pelbagai dengan kolaborasi bersama penyanyi lama dan baru. Saya percaya pendekatan ini pasti dapat menarik minat pendengar muzik tidak kira usia mahupun golongan," ujarnya.

Kata Adibah, dia juga percaya pengeluaran album masih lagi relevan kerana terdapat segelintiri peminat muzik yang ingin mendengar lagu menerusi album berbanding memuat naik lagu di iTunes.

Tags / Kata Kunci: Adibah Noor , Kucing , Album , Penyanyi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan