Judika & UB40 Bakal Gegarkan KL Life Centre

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 5:41 PM

judika

Konsert 'Judika Mencari Cinta...' bakal berlangsung pada 12 April 2014

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua penyanyi antarabangsa Judika dan kumpulan UB40 bakal menggegarkan pentas KL Life Centre pada April depan menerusi persembahan konsert masing-masing iaitu Judika Mencari Cinta... dan UB40 Live In Kuala Lumpur.

Pengarah penganjurnya UCS Clockwork, Syamil Yusof, berkata, pemilihan dua penyanyi tersebut bersesuaian dengan citarasa penggemar muzik sekarang yang terbahagi kepada dua golongan berbeza iaitu remaja dan dewasa.

"Pihak kami percaya Judika mempunyai peminat yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

"Begitu juga dengan UB40, lagu-lagu hits mereka sekitar tahun 70-an hinggalah 80-an pasti mendapat sambutan hangat daripada golongan dewasa yang berusia 35 tahun ke atas.

"Jadi saya percaya, dua selebriti hebat ini mampu menarik peminat-peminat  mereka berkumpul di bawah satu bumbung iaitu di KL Life centre menyaksikan persembahan mereka," katanya kepada mStar Online pada petang Jumaat.

u
UB40


Konsert Judika Mencari Cinta... bakal berlangsung pada 12 April 2014 dan penyanyi Amy Search turut tampil sebagai penyanyi undangan.

Tiket dijual pada harga RM98 bagi aras bawah dan RM168 untuk VIP (aras atas).

Manakala konsert UB40 Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 9 April 2014 dengan harga tiket RM158 (aras bawah) dan RM258 untuk VIP (aras atas).

Kedua-dua tiket konsert boleh dibeli menerusi talian Ticketpro Malaysia iaitu 03-78807999 atau di www.ticketpro.com.my atau talian hotline, 017-3555134.

Ia turut dijual di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store.
Tags / Kata Kunci: Judika , UB40 , Konsert , KL Life Centre

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan