Kontroversi Tidak Jejas Karier Johan As'ari

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 4:41 PM

Johan memberitahu jadual lakonannya padat sehingga Jun depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari memberitahu kontroversi yang melandanya ekoran memutuskan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin pada akhir tahun lalu tidak menjejaskan kariernya dalam bidang lakonan.

Johan, 29, berkata, kontroversi tersebut tidak ada kena mengena dengan kerjaya seninya dan perjalanan kariernya berjalan seperti biasa. 

"Kontroversi tidak menjadi ukuran kepada rezeki yang saya terima kerana ia adalah daripada Allah dan saya bersyukur walaupun nama tercalar dengan pelbagai cerita yang kurang enak namun perjalanan karier saya masih baik," katanya kepada mStar Online

Pada 29 November tahun lalu, Johan melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.

Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarganya.

Dalam pada itu, Johan memberitahu, setakat ini kariernya berjalan lancar malah memberitahu jadualnya padat dengan pelbagai tawaran lakonan sehingga Jun depan.

Jelas Johan, itu membuktikan pihak produksi tidak memandang kepada kontroversi sebaliknya mempercayai bakat dan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

"Saya yakin pihak produksi lebih memberi tumpuan kepada bakat seseorang pelakon dan bukannya kontroversi yang dialami oleh seseorang artis. 

"Apa yang lebih penting saya lunaskan semua tanggungjawab yang diberikan sebaik-baiknya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan memasuki set penggambaran sekual Juvana dalam masa terdekat.
Tags / Kata Kunci: Johan As'ari , Kontroversi , Lana Nordin.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan