Dayang Nurfaizah Akui Sudah Ada Telefon Bimbit

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 5:40 PM

Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah. Foto IBRAHIM MOHTAR / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui sudah mempunyai telefon bimbit peribadi selepas hampir enam tahun tidak menggunakan kemudahan tersebut.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, berkata, dia terpaksa menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti perkembangan teknologi terutamanya laman sosial seperti Twitter dan Instagram.

"Saya pakai telefon kerana terpaksa mengikuti peredaran dan perkembangan teknologi untuk mengemaskini laman sosial. Itu pun saya baru sahaja tahu tentang Instagram.

"Walaupun saya ada tetapi saya agak jarang mengemaskini laman-laman sosial tersebut," katanya kepada mStar Online.

Tambah Dayang, dia juga tidak menganggap kemudahan tersebut sebagai sesuatu yang keperluan buat dirinya.

Malah, dia turut menolak menggunakan telefon bimbit kerana sudah mempunyai kekasih.

"Saya disuruh oleh pengurus (Shaliza) dan keluarga supaya ada telefon, namun begitu saya tetap tidak seperti orag lain yang leka dengan telefon.

"Telefon saya tidak berbunyi langsung dan jika saya tertinggal di rumah, saya tidak akan patah balik untuk menggambilnya," ujarnya.

Sementara itu, menyentuh single terbaharunya berjudul Di Pintu Syurga, Dayang mengakui ia sebagai mengubat rindu ekpada peminat-peminatnya yang gemarkan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Katanya, selama ini dia mencari lagu genre balada seperti itu, namun kebanyakkan tidak menepati citarasanya.

"Saya sudah lama cari lagu seperti Masih Ada Cinta, ramai juga komposer yang beri lagu, tetapi tidak jumpa yang betul-betul saya suka.

"Selepas saya berjumpa dengan pihak syarikat Indigital dan mereka memperdengarkan lagu ini, saya terus berminat," katanya.

 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan