Isteri Hisyam Hamid Nafi Kawal Kerjaya Suami

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 12:35 PM

Rosmawati tidak berkecil hati atau pun tertekan dengan gosip berkenaan kerana ia adalah lumrah biasa dalam dunia hiburan. Foto CHAN TAK KONG.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid terkejut apabila dituduh sebagai seorang yang sukar dibawa berbincang hal berkaitan kerjaya suaminya dan bersikap 'lebih sudu dari kuah'.

Rosmawati Hanafi, 33, berkata, dia tidak pernah cuba mengawal kerjaya suaminya malah segala keputusan yang dilakukan sebagai seorang pengurus adalah menerusi perbincangan dengan Hisyam.


"Saya sendiri terkejut apabila isu ini ditimbulkan kerana sepanjang menguruskan kerjaya suami di Malaysia saya cuba berurusan dengan semua pihak sebaik mungkin.

"Jika ada sesuatu tawaran yang tidak dapat dipenuhinya saya akan tolak secara baik bagi pihak Hisyam malah meminta maaf kerana tidak dapat bekerjasama," katanya kepada mStar Online

Rosmawati ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge di sini, Rabu.

Program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.

Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.

Hisyam Rosmawati
Hisyam tidak berhasrat untuk mencari pengurus lain dan lebih senang isterinya menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.

Bagaimanapun kata Rosmawati, dia tidak berkecil hati atau pun tertekan dengan gosip berkenaan kerana ia adalah lumrah biasa dalam dunia hiburan.

Dalam pada itu, Hisyam, 29, berkata, dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan laporan negatif tersebut kerana ia tidak benar seperti didakwa. 

Jelas Hisyam yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose berkata, tujuan utamanya datang ke negara ini adalah untuk melebarkan sayap sebagai pelakon dan bukannya menimbulkan masalah kepada orang lain.

"Susah sebenarnya hendak memuaskan hati semua orang dan saya juga tidak berharap semua orang akan suka dengan diri kita. Tujuan saya datang ke sini adalah untuk berlakon dan gosip yang timbul hanya salah faham," katanya.

Sementara itu, Hisyam berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk melantik pengurus lain ekoran gosip berkenaan kerana lebih selesa bekerjasama dengan isterinya sendiri. 

Kata Hisyam, walaupun Rosmawati menguruskan kerjayanya dari Singapura namun dia melakukan tanggungjawab dengan baik selain sering berbincang tentang tawaran yang diterima. 

"Satu perkara yang mungkin orang salah faham adalah semua keputusan saya yang buat apabila saya terima sesuatu tawaran dan bukannya Rosmawati.

"Perkara itu hanya salah faham dan tiada sebarang sebab mengapa saya perlu melantik orang lain untuk menguruskan kerjaya seni saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Singapura berjudul Di Luar Garisan Cinta musim kedua sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk projek seterusnya.

Malah kata Hisyam dia juga bakal memasuki set penggambaran filem Sinaran bersama Neelofa dan Lisa Surihani arahan Osman Ali.

Tags / Kata Kunci: Hisyam Hamid , Rosmawati , Singapura , Gosip.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan