Maya Karin Tunda Pelancaran Album Kerana MH370

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 8:15 PM

Maya yang kini berada di London berharap semua pihak mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Maya Karin mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album pertamanya bersama syarikat rakaman Warner Music pada 25 Mac ini bagi menghormati insiden kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Sabtu lalu.

Maya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakamannya memberitahu, dia telah berbincang dengan pihak pengurusannya itu agar majlis berkenaan ditangguhkan pada bulan April.


"Saya berasa amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita kejadian itu dan bersimpati kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. 

"Atas dasar menghormati insiden berkenaan saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album dan persembahan khas yang sepatutnya berlangsung pada akhir bulan ini kepada 1 April depan," katanya. 

Pada 8 Mac lalu, MAS mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12,41 pagi.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777 -200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat yang membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Maya yang kini berada di London memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara berkenaan selepas menonton berita dan berharap semua pihak dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.

Tags / Kata Kunci: Maya Karin , MH370 , Album , Warner Music.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan