Suria FM Beri Tiket Konsert The Rolling Stones

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 1:03 PM

Suria FM memberi peluang kepada pendengar menyaksikan persembahan The Rolling Stone!

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi tiket ke konsert The Rolling Stones - 14 On Fire Live in Singapore di Sands Grand Ballroom, Marina Bay Sand, Singapura pada 15 Mac ini.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin  berkata, bermula 10 hingga 13 Mac ini, pendengar boleh merebut tiket tersebut melalui segmen Selamat Malam Suria yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 hingga 10 malam bersama penyampai Bob Ringgo.

"Berita baik buat penggemar kumpulan rock terkenal The Rolling Stones, Suria FM memberi peluang kepada seorang peminat bertuah untuk menyaksikan persembahan The Rolling Stones di Singapura.

"Penghantar SMS pertama akan memenangi album The Rolling Stones “GRRR!”, manakala penghantar SMS dengan sebab terbaik akan berpeluang untuk menyaksikan persembahan ‘The Rolling Stones - 14 On Fire Live in Singapore’ pada 15 Mac ini.

"Pemenang akan diumumkan pada 14 Mac ini," katanya dalam satu kenyataan media kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Kumpulan rock ini akan beraksi di Singapura pada 15 Mac 2014 bersempena konsert The Rolling Stones - 14 On Fire Live in Singapore.

Ini merupakan konsert pertama kumpulan ini yang dianggotai Mick Jagger, Keith Richards, Ronnie Wood dan Charlie Watts,  selepas persembahan mereka pada tahun 2003 di negara itu.

The Rolling Stones pernah memenangi Anugerah Grammy bagi Album Rock Terbaik, Muzik Video Terbaik dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan