Isu Tidak Berdisiplin Buka Mata Dazrin Untuk Berubah

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 12:32 PM

Dazrin

Dazrin bersyukur apabila pengarah drama Along Kamaluddin dan Fasha Sandha menegur sikapnya itu ketika berada di set penggambaran demi kebaikannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui kontroversi bahawa dia tidak berdisiplin yang melandanya sebelum ini membuka matanya untuk lebih bertanggungjawab pada masa hadapan.

Dazrin, 26, berkata, teguran oleh pengarah drama bersiri Miranda iaitu Along Kamaluddin dan pelakon utamanya, Fasha Sandha ketika di set penggambaran satu tindakan yang disyukurinya kerana membawa kebaikan.

"Jika mereka tidak menegur sikap saya barangkali sehingga hari ini saya tidak sedar perbuatan tersebut (tidak berdisiplin) telah menyusahkan pelbagai pihak.

"Kejadian itu juga membuka mata saya untuk berfikir kembali tentang apa yang telah saya lakukan dan teguran mereka itu sebenarnya adalah dengan tujuan baik," katanya kepada mStar Online.

Dazrin ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan di sini, pada Isnin.

Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini pukul 8 malam.

Dalam perkembangan sama, Dazrin mengakui telah memohon maaf kepada semua kru drama berkenaan termasuk Along dan Fasha atas sikapnya itu dan mengakui kesal dengan perbuatan berkenaan.

Jelas Dazrin, dia juga tidak menyimpan dendam terhadap kritikan oleh kedua-dua individu tersebut terhadapnya dan hubungan mereka kembali jernih.

"Sebagai manusia kita memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan syukur saya cepat tersedar.

"Saya kini lebih berdisiplin dan datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya sebagai salah satu proses mengubah diri supaya menjadi lebih baik," katanya.

Sementara itu, Dazrin berkata, walaupun pada awal kariernya sedikit terganggu akibat kejadian itu namun kini ia kembali pulih seperti sedia kala.

Jelas Dazrin, dia masih mendapat kepercayaan daripada produksi dan memberitahu baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama.

"Selepas ini ada beberapa lagi drama akan mula penggambaran dan Alhamdulillah rezeki masih ada walaupun imej sedikit tercalar akibat insiden berkenaan," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Dazrin , Artis , Pelakon , Aktor

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan