Johan As'ari Sangkal Dakwaan Dibenci Wanita

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 9:16 PM

johan

Walaupun beberapa kali hubungan cinta Johan As'ari gagal, dia belum serik untuk terus mencari pasangan yang sesuai. untuknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari menolak dakwaan kononnya golongan wanita enggan mendekatinya selepas kontroversi dia memutuskan hubungan dengan aktres Lana Nordin akhir tahun lalu.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 28, berkata, dia masih mempunyai ramai kenalan wanita dan perkara seumpama itu tidak pernah berlaku walaupun dia sering dikaitkan dengan pelbagai wanita sebelum ini.

"Tidak benar tanggapan wanita takut untuk mendekati saya hanya kerana perkara lalu yang pernah terjadi.

"Saya mempunyai ramai kenalan wanita dan tiada apa-apa masalah timbul seperti dakwaan itu," katanya kepada mStar Online.

Johan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan di sini, Isnin.

Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini pukul 8 malam.

Selain Lana Nordin, pelakon itu sebelum ini pernah bercinta dengan aktres Izreen Azmindar sebelum bertindak memutuskan hubungan mereka dan pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan Shila Amzah.

                                       Johan As'ari


Dalam pada itu, Johan berkata, walaupun beberapa kali hubungan cintanya gagal dia belum serik untuk terus mencari pasangan yang sesuai untuknya.


Bagaimanapun kata Johan, buat masa ini tumpuannya adalah kepada kerjaya selain memperbaiki diri supaya menjadi lelaki yang lebih sempurna.

"Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran dalam mematangkan saya.

"Istilah serik tidak timbul kerana saya tidak pernah berasa begitu sebaliknya yakin akan menemui wanita sesuai dengan restu ibu bapa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan memasuki set penggambaran sekual Juvana dalam masa terdekat.


Tags / Kata Kunci: Johan As'ari , Pelakon , Aktor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan