Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang - Berita Hiburan | mStar

Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 6:35 PM

jep

Jep mengakui enggan menjawab panggilan mana-mana media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa sedikit terkilan apabila gosip tersebut dikeluarkan tanpa meminta penjelasannya dahulu.

"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.

"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada 24 Februari lalu, akhbar mingguan telah melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di stesen radio Hot FM.

Selepas gosip tersebut, pihak media cuba mendapatkan pengesahan daripada Jep namun pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan media.

jep
Jep menegaskan dia masih lagi solo dan belum bertunang seperti yang didakwa.


Sementara itu, Jep mengakui enggan menjawab panggilan mana-mana media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang buat sementara waktu.

Katanya, penulis gosip tersebut perlu menghubungi dia dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum mengeluarkan berita itu kepada umum. 

"Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut.

"Kenapa selepas keluar berita tidak sahih itu barulah semua nak hubungi saya?

"Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan," tegasnya.

Bagaimanapun beritahu Jep dia langsung tidak kecewa dengan penyebaran berita pertunangan itu dan menyifatkan ia sebagai doa daripada semua pihak untuk dia memiliki pasangan satu hari nanti.


Tags / Kata Kunci: Jep , Sepahtu , Gosip , Bertunang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan