Herman Tino Tidak Kecil Hati Dituduh Tidak Waras

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 11:51 AM

Herman Tino menganggap kata-kata negatif terhadapnya adalah perkara biasa dalam dunia politik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Herman Tino tidak berkecil hati dengan segelintir pihak yang menuduhnya sebagai tidak waras apabila mengambil keputusan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini dan kemudiannya mengumumkan menarik diri.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, berkata, cakap-cakap berkenaan tidak memberi kesan kepadanya kerana ia adalah perkara biasa dalam dunia politik.

"Apa yang mereka katakan tentang saya bukan satu masalah kepada kerana ada lebih banyak pemimpin lain yang dikecam dengan pelbagai tuduhan.

"Saya tidak kisah jika mereka ingin terus melemparkan tuduhan negatif dan ia adalah perkara biasa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, Herman Tino berkata, keputusannya menarik diri tepat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding pada PRK tersebut. 

Jelas Herman Tino, tujuan asalnya bertanding bagi menunjukkan protes kepada Anwar dan bukannya berhasrat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu. 


"Saya ambil keputusan untuk bertanding hanya semata-mata untuk menunjukkan protes kepada beliau (Anwar) dan bukannya ingin memenangi kerusi DUN tersebut.

"Nampaknya keputusan menarik diri adalah tepat kerana Anwar juga tidak dapat bertanding," katanya.

Sementara itu, Herman Tino turut memberitahu hubungannya dengan isteri iaitu Noraini Ibnu kembali jernih selepas mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada PRK tersebut.

Katanya, mereka suami isteri tidak bertegur sapa selama dua minggu ekoran keputusannya ingin bertanding pada pilihan raya itu.

"Sejak saya memberitahu tidak jadi bertanding pada PRK tersebut hubungan kami mula jernih selepas dua minggu tidak bertegur sapa," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan