Zed Zaidi Mohon Maaf Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 2:09 PM

Zed berkata dia keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak bertujuan untuk memburukkan keadaan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi laman sosial Twitter memohon maaf atas kenyataannya yang memperlekehkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak bertujuan untuk memburukkan keadaan.

"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenaik kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan.

"Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah," tulisnya.

Zed dalam kenyataan awalnya di twitter pada pukul 11 pagi mempersoalkan kehilangan pesawat tersebut dan memperlekehkan hidanganya yang disajikan pihak syarikat penerbangan terbabit.

Zed Zaidi
Kenyataan Zed Zaidi yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial dan menganggap pelakon itu cuba mengambil kesempatan untuk mencari publisiti murahan terhadap insiden tersebut.

Terdahulu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Tags / Kata Kunci: Zed Zaidi , MH370 , Kontroversi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan