Syamsul Enggan Kongsi Kisah Cinta Dengan Puteri Sarah Untuk Elak Fitnah

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 2:01 PM

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, enggan berkongsi detik manis perkenalannya dengan isteri iaitu aktres Puteri Sarah Liyana, 29, bagi mengelakkan daripada berlaku fitnah.

Syamsul berkata, dia lebih selesa untuk merahsiakan semua hal peribadi termasuk kisah percintaanya bersama isteri berbanding mendedahkannya kepada umum.

"Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu.

"Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas selesai majlis ijab kabul di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.

Syamsul yang hadir dalam keadaan kurang sihat akibat demam denggi masih lagi mendapat rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu dengan sekali lafaz.

Sementara itu, Syamsul menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar.

Katanya, dia tetap mahu meneruskan majlis tersebut biarpun dalam keadaan kurang sihat kerana tidak mahu menyusahkan banyak pihak.

"Saya pun tidak sangka dapat meneruskan majlis ini kerana ia bergantung keadaan saya dan Alhamdulillah pagi tadi saya rasa sihat untuk datang.

Syamsul
Syamsul menyarungkan gelang ke tangan isterinya semasa upacara membatalkan air sembahyang.

"Saya tidak mahu menangguhkan majlis ini kerana semua sudah diaturkan dan kalau tunda ia akan menimbulkan banyak masalah pada semua pihak," katanya yang kembali semula ke mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan Puteri Sarah, dia berkata, wanita itu mempunyai ciri-ciri seorang isteri solehah yang boleh dibimbing.

Dia juga mengakui sentiasa belajar lebih banyak ilmu agama bagi menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, mereka masih belum berbincang dan menentukan kerjaya lakonan Puteri Sarah selepas berkahwin.

"Setakat ini kita belum bincang lagi, namun saya lebih suka kerjaya dia sekarang iaitu mengendalikan butik," katanya.

Dalam pada itu, bapanya, Datuk Yusof Haslam, turut menzahirkan rasa gembira kerana majlis yang dirancang berjalan lancar.

Dia turut mendoakan agar Syamsul dapat menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti dirancang dan kami sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan dia bahagia dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab," ujarnya.

Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.

Tags / Kata Kunci: syamsul yusof , puteri sarah , nikah , demam denggi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan