Awal Ashaari Terasa Hati Dengan Scha Al Yahya

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 8:07 PM

awal

Awal memahami perubahan sikap Scha memandangkan isterinya itu sedang mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari mengakui pernah berkecil hati dengan perubahan sikap isterinya, Scha Al-Yahya yang kini sedang mengandung anak sulung.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, bagaimanapun dia memahami perubahan sikap Scha memandangkan isterinya itu sedang mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung.

"Awal-awal dulu, adalah terasa sedikit dengan sikap Scha yang berubah-ubah, tetapi saya faham sebab perubahan itu berlaku.

"Cuma rasa pelik, karakternya yang lasak dan agresif sebelum ini telah berubah 100 peratus kepada wanita yang bersifat lembut dan feminin.

"Malah Scha juga bertukar kepada seorang wanita yang penyabar. Tetapi apabila bercakap perkara ini dengannya, dia akan marah dan tidak percaya dengan apa yang saya katakan mengenai perubahannya itu," katanya kepada mStar Online.

Tambah Awal, dia juga teruja melihat perubahan Scha atau nama sebenar Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 31 malah berasa seperti berkahwin dengan wanita lain pula.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia dan Scha masih lagi belum membuat sebarang persiapan bagi menyambut kehadiran anak sulung mereka yang 

dijangka bakal dilahirkan pada bukan Jun ini.

"Scha memang tak mahu membeli barangan bayi buah masa ini. Dia berasa lebih elok jika persiapan dibuat ketika usia kandungan sekitar lapan hingga sembilan bulan.

"Selepas bersalin nanti, Scha juga mahu berpantang di kondominium ibunya sendiri kerana senang tidak perlu bergerak jauh berbanding rumah sendiri yang sana sini banyak tangga," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Awal kini sedang merancang untuk membuka sebuah kafe di sekitar Damansara dalam masa terdekat ini.

Tags / Kata Kunci: Awal Ashaari , Scha Al Yahya

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan