Suria FM Sambut Hari Wanita Sedunia Bersama Ikal Mayang

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 1:49 PM

suria

Penyampai radio Ceria pagi Suria FM bersama selebriti-selebriti yang terlibat dengan projek Ikal Mayang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2014 yang disambut pada setiap 8 Mac (Sabtu), stesen radio Suria FM telah menjemput Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:GIRLS) ke konti untuk berkongsi projek terbaharu mereka iaitu Ikal Mayang 2014 pada Khamis.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, berkata, sebagai stesen radio yang peka mengenai isu-isu menaikkan martabat wanita, pihaknya membantu WOMEN:GIRLS mempromosikan projek Ikal Mayang menerusi slot Ceria Pagi yang dikendalikan oleh Adibah Noor dan Halim Othman.

“Ikal Mayang merupakan satu projek yang mengetengahkan kisah wanita dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kami harap,lebih ramai pendengar akan memberikan sokongan kepada Ikal Mayang.

"Malah sebagai stesen radio tempatan yang sentiasa memberikan mesej-mesej positif kepada pendengar, kami akan sentiasa tampil memberikan informasi sebagai tanda kepekaan kami terhadap hal-hal yang berbangkit," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online pada Jumaat.

suria
Ida Nerina (kiri) ditemubual mengenai prokjek Ikal Mayang.

Ikal Mayang merupakan sebuah projek kompilasi filem-filem pendek yang ditulis dan diarah oleh wanita dalam meraikan Hari Wanita Sedunia 2014.

Ikal Mayang 2014 memperkenalkan enam buah filem pendek yang menampilkan lima wanita pengarah tersohor dan berbakat iaitu Datin Paduka Suhaimi Baba dari Malaysia, Nia Dinata (Indonesia), Shireen Rano (Filipina), A.D.Chan (Singapura), Siti Kamaluddin (Brunei) dan Niraman Ross (Thailand).

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini yang bertemakan Inspire To Change (Mencetus Perubahan), Ikal Mayang 2014 meletakkan pula tema projek itu berjudul Terpendam.

Ikal Mayang 2014 menggarapkan kisah-kisah yang selama ini dipendamkan sahaja oleh wanita akibat daripada stigma, persepsi, dan amalan masyarakat dan disampaikan di dalam bentuk filem.

Festival Ikal Mayang bakal berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2014, bertempat di pawagam GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Suria FM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan