Suami Syanie Tidak Letakkan Harapan Untuk Punyai Anak

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 11:33 AM

Syanie berharap perkahwinan kali kedua ini kekal sehingga akhir hayat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon komedi, Syanie bersyukur suaminya, Nadi Putera Mohd Zainol, 29, memahami dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuknya mendapatkan zuriat dalam perkahwinan yang dibina mereka pada 1 Mac lalu.

Syanie atau nama sebenarnya, Syaniza Hisham, 41, berkata, mereka sudah membincangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

"Saya dah beritahu dia bahawa pada usia sekarang, saya akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak.

"Dia memahami dan menganggap anak bukan tujuan utama dia mengahwini saya, lagi pula dia sudah pun ada dua orang cahaya mata hasil perkahwinan yang pertama," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Syanie berkata, sebagai seorang wanita, dia sangat berharap dapat melahirkan seorang cahaya mata bagi melengkapi kehidupan rumah tangga mereka.

Syanie dan Nadi Putera selamat dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz.

Sementara itu, Syanie mengakui pada mulanya agak sukar untuk dia membuat keputusan untuk kembali berumah tangga semula.

Katanya, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan besar tersebut.

"Sudah tentu agak sukar dan takut untuk buat keputusan kembali berumah tangga selepas 11 tahun hidup sendiri. Apatah lagi ia adalah perkahwinan kedua saya.

"Saya fikir banyak kali dan tanya pendapat keluarga dahulu sebelum benar-benar buat keputusan ini.

"Saya tidak mahu rumah tangga yang dibina hanya separuh jalan sahaja, kalau boleh perkahwinan kedua ini biarlah sampai akhir hayat," katanya.

Dalam pada itu, menceritakan detik pengenalan mereka, Syanie berkata, dia mengenali Putera sejak lapan tahu lalu ketika mereka bekerja di bawah syarikat yang sama.

Bagaimanapun, hubungan tersebut terputus selepas mereka berpindah ke tempat kerja berlainan dan Putera mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.

"Dia seorang yang ambil berat ketika kami bekerja di tempat yang sama, tetapi bila dia berhenti dan berkahwin kami jarang berhubung.

"Sehinggalah kami berjumpa semula ketika menghadiri satu majlis perkahwinan rakan di Kedah dan kembali rapat, ketika itu dia sudah pun bercerai," katanya.

Dalam pada itu, Syanie berkata, kedua-dua keluarga mereka menerima hubungan tersebut dengan baik dan menggalakkan mereka mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

Kata Syanie, jarak usia hampir 12 tahun tidak menjadi satu masalah kepada mereka.

"Saya tidak kisah tanggapan orang tentang usia, apa yang penting ia bukan menjadi satu masalah bagi kami.

"Pada saya ialah persefahaman antara satu sama lain dan saling hormat menghormati adalah kunci untuk mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga," katanya.

Majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 12 Mac ini di kediaman pengantin lelaki di Kulim, Kedah.   

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan