Wawa Zainal Anggap Isu Hal Pengurusan Dengan MIG Selesai

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 2:07 PM

Wawa Zainal. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Wawa Zainal menganggap isu berhubung dia melanggar perjanjian kontrak dengan pihak pengurusannya, Metrowealth International Group (MIG) sudah selesai.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 23, berkata, walaupun kontrak sebagai artis naungan MIG sepatutnya tamat pada tahun 2015, namun dia telah keluar dengan cara baik daripada syarikat itu pada Disember tahun lalu.

"Setakat ini saya dan David Teo (ketua pegawai Eksekutif MIG) sudah tahu yang saya mahu keluar daripada syarikat pengurusan itu.

"Saya harap tidak ada apa isu yang akan timbul membabitkan saya dengan MIG. kami juga tidak mempunyai sebarang masalah kerana saya keluar dengan cara baik," katanya.

Tambah Wawa, dia kini bernaung di bawah syarikat pengurusan suaminya, Aeril Zafrel, 26, iaitu Respected Citizen Communication.

Wawa kini bernaung di bawah syarikat pengurusan suaminya, Aeril Zafrel

.

Dalam pada itu, dia dan Aeril bakal bergandingan menerusi filem pertama terbitan syarikat suaminya itu iaitu 354 Lafaz, arahan Azahari Zain.

Selain itu Wawa juga kini menjadi duta kepada sebuah butik pakaian muslimah iaitu Minaz Boutique sejak Januari lalu.

Sementara itu, ditanya pula mengenai kehidupan Wawa kini, katanya dia lebih tenang sejak berkeluarga malah dengan kehadiran anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, yang kini berusia enam bulan.

"Alhamdulillah, ramai yang menganggap saya berkahwin terlalu muda sehingga tidak dapat merasai zaman remaja. Tetapi mereka silap kerana saya tidak sangka kehidupan kini lebih bahagia.

"Walaupun sibuk menjaga anak dan menguruskan suami, tetapi saya berasa cukup tenang. Rezeki lakonan pula masih lagi datang tanpa henti, tetapi buat masa ini saya tidak boleh nak ambil semua tawaran kerana mana-mana watak yang tidak bersesuaian dengan status saya sebagai isteri dan imej saya yang bertudung, saya tidak akan ambil," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan