Rebah: A Rahman Hassan Stabil Di HKL

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 10:31 AM

A. Rahman Hassan berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pengsan semasa menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya di sini petang Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pengsan semasa menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya di sini petang Selasa.

Menurut menantunya Siti Jasmina Ibrahim, keadaan bapa mertuanya itu stabil dan beliau akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian rebah itu.

"Doktor akan buat ujian sinar x pada bahagian kepala bapa saya untuk mengetahui punca dia rebah.

"Bagaimanapun keadaan jantung dan tekanan darahnya dalam keadaan normal," katanya ketika ditemui di HKL di sini pada Selasa.

Siti Jasmina juga isteri kepada pelakon Khir Rahman.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, A. Rahman rebah ketika sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya.

Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut.

Penyanyi itu dikejarkan ke HKL apabila sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.

Tags / Kata Kunci: A. Rahman Hassan , Rebah , Istana Budaya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan