A Rahman Hassan Pengsan Di Istana Budaya

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 8:42 PM

A Rahman Hassan

A Rahman Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan jatuh pengsan ketika menghadiri majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini pada petang Selasa.

A. Rahman rebah semasa sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu disebelahnya.

Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut kira-kira pukul 3.30 petang.

Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

Sebelum itu, kakitangan Istana Budaya sempat memberikan bantuan kecemasan kepada penyanyi itu sebelum dibawa ke hospital.

A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama dengan Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.

Sementara itu, anak lelaki A. Rahman iaitu Khir Rahman ketika dihubungi tidak mengetahui keadaan sebenar bapanya dan sedang dalam perjalanan ke hospital.

Tags / Kata Kunci: A Rahman Hassan , Pengsan , Istana Budaya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan