Drama 'Love You Mr Arrogant' Rangkul Drama Pilihan DFKL

Diterbitkan: Ahad, 23 Februari 2014 11:41 AM

DFKL
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Drama berjudul Love You Mr Arrogant arahan Eoon Suhaini diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini, malam Sabtu. 

Drama 26 episod ini turut mengangkat pelakon lelaki utama Azlee Khairi sebagai Pelakon Lelaki Pilihan.  

Drama yang berjaya menarik tontonan lebih 4.6 juta penonton itu juga melayakkan gandingan Azlee Khairi dan Zara Zya dipilih sebagai Hero dan Heroin Pilihan. 

Manakala, Nur Fathia Latif memenangi kategori Pelakon Wanita Pilihan menerusi drama <i>Diandra

Sementara pengarah drama Sebenarnya Saya Isteri Dia, Raja Ahmad Alauddin diumum sebagai Pengarah Pilihan. 

Anugerah DFKL yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Pemenang tujuh kategori utama membawa pulang trofi. 

Undian terbabit turut memilih drama Sebenarnya Saya Isteri Dia sebagai Barisan Pelakon Pilihan. 

Manakala penulis skrip drama Dalam Setiap Sujud, Mufid Suhaimi dipilih sebagai Penulis Skrip Pilihan. 

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Singh Susu arahan Azmir Affendi sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000. 

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi drama Gadis Payung Merah arahan Al Hafiz Burhanuddin dan drama Kawan arahan Wesley Tan dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000. 

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dihoskan oleh Zulin Aziz dan Sherry Al Hadad. 

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Awie, Erra Fazira, Nomad, Kumpulan Bocey, Black dan Jaclyn Victor.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013. 

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:

Drama Pilihan: Love You Mr Arragant

Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi

Pelakon Wanita Pilihan: Zara Zya

Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)

Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Pasangan Serasi Pilihan: Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr Arrogant)

Drama Pendek: Singh Susu, Gadis Payung Merah dan Kawan
Tags / Kata Kunci: DFKL

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan