'Bella Hope' Kupas Kegigihan 5 Wanita

Diterbitkan: Ahad, 23 Februari 2014 11:57 AM

Amber Chia turut terlibat dalam kempen yang di anjurkan New Su Shern.

(Ubah saiz teks)

<b>PETALING JAYA:</b> Dokumentari istimewa <i>Bella Hope </i>akan disiarkan sepanjang Mac ini bermula 2 Mac ini, pada setiap Ahad, pukul 8.30 malam di saluran ntv7.

Rancangan dokumentari yang bertujuan memberi inspirasi kepada penonton ini bakal berkongsi kisah hidup dan usaha murni lima orang wanita dalam perjuangan dan misi masing-masing.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, berkata, idea rancangan dokumentari itu adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita serta para penonton untuk yakin bahawa mereka juga mampu melakukan perubahan walau sekecil mana pun usaha mereka.

“ntv7 dengan penuh rasa tanggungjawab sosial yakin bahawa rancangan dokumentari seperti ini mampu menyuntik lebih banyak inspirasi kepada para penonton kami dengan menjadikan lima ikon wanita berkaliber ini sebagai contoh tauladan,” katanya.

Lima wanita tersebut adalah Pengasas Persatuan Sukarelawan Penyelamat Haiwan, Puspa Rani, aktivis anti pemerdagangan manusia, New Su Shern, Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Hamid, Pengasas Lamin Dana, Diana Rose dan ahli biologi marin, Choo Poh Leem.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Hisham Abdullah, <i>Bella Hopes</i> merupakan rancangan profil dokumentari mengenai lima orang wanita yang dikagumi dengan membawa para penonton untuk menjengah ke dalam kehidupan mereka dan berkongsi tentang cabaran setiap misi murni wanita-wanita ini.

Tambahnya, keunikan dokumentari ini ialah jalan penceritaannya yang dekat dengan perasaan kemanusiaan dan terselit pelbagai emosi dan mesej positif untuk difikirkan bersama. 

"Kelima-lima wanita ini memiliki kisah mereka yang tersendiri dan pasti ada di antara penonton yang mampu merasakan hubungan emosi dengan wanita-wanita ini," 

"Rancangan dokumentari ini bakal menyentuh isu seperti penderaan haiwan, pemerdagangan manusia, masyarakat gelandangan, pemeliharaan warisan dan pemuliharaan kehidupan marin,” tambahnya. 

Rancangan <i>Bella Hopes</i> akan mula membakar inspirasi kepada anda bermula 2 Mac 2014, setiap Ahad, pukul 8.30 malam di ntv7 (Saluran 107).
Tags / Kata Kunci: Amber Chia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan