Jaclyn Victor Mahu Kekal Imej Rambut Pendek

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor mengakui selesa dengan imej rambut pendek yang digayakannya sejak enam tahun lalu dan tidak pernah terfikir untuk kembali berambut panjang.

Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, imej tersebut lebih memudahkannya untuk berhias untuk mana-mana majlis tanpa memikirkan tentang gaya rambut.

"Saya senang dengan gaya rambut pendek ini walaupun sudah enam tahun dengan imej yang sama.

"Saya senang untuk bergerak dan bersiap untuk kemana-mana terutamanya apabila menghadiri majlis-majlis besar, rambut saya terlalu lebat dan memerlukan masa agak lama untuk dikeringkan jika ia panjang," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, katanya, dia akan memotong rambut setiap dua minggu bagi mengekalkan gaya rambut tersebut selain mewarnakannya agar tampil berbeza.

Dalam pada itu, Jac mengakui imej tersebut lebih memberi keyakinan kepadanya untuk tampil bertenaga di pentas nyanyian.

Sementara itu, Jac bakal mengadakan persembahan Konsert Stanza Cinta yang akan berlangsung pada 4 dan 5 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tambahnya, dia bakal mendendangkan beberapa lagu Melayu dan Inggeris yang bertemakan cinta dengan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

"Buat masa ini belum tentukan lagi lagu apa yang akan dinyanyikan, tetapi sudah tentu lagu-lagu bertemakan cinta.

"Saya teruja untuk terlibat dalam konsert ini yang mana akan diiringi bersama kumpulan orkestra," katanya.

Tags / Kata Kunci: jaclyn victor; imej;

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan