Jaclyn Victor Mahu Kekal Imej Rambut Pendek

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 8:20 PM

Jaclyn Victor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor mengakui selesa dengan imej rambut pendek yang digayakannya sejak enam tahun lalu dan tidak pernah terfikir untuk kembali berambut panjang.

Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, imej tersebut lebih memudahkannya untuk berhias untuk mana-mana majlis tanpa memikirkan tentang gaya rambut.

"Saya senang dengan gaya rambut pendek ini walaupun sudah enam tahun dengan imej yang sama.

"Saya senang untuk bergerak dan bersiap untuk kemana-mana terutamanya apabila menghadiri majlis-majlis besar, rambut saya terlalu lebat dan memerlukan masa agak lama untuk dikeringkan jika ia panjang," katanya kepada <i>mStar Online</i>.

Bagaimanapun, katanya, dia akan memotong rambut setiap dua minggu bagi mengekalkan gaya rambut tersebut selain mewarnakannya agar tampil berbeza.

Dalam pada itu, Jac mengakui imej tersebut lebih memberi keyakinan kepadanya untuk tampil bertenaga di pentas nyanyian.

Sementara itu, Jac bakal mengadakan persembahan <i>Konsert Stanza Cinta </i>yang akan berlangsung pada 4 dan 5 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tambahnya, dia bakal mendendangkan beberapa lagu Melayu dan Inggeris yang bertemakan cinta dengan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

"Buat masa ini belum tentukan lagi lagu apa yang akan dinyanyikan, tetapi sudah tentu lagu-lagu bertemakan cinta.

"Saya teruja untuk terlibat dalam konsert ini yang mana akan diiringi bersama kumpulan orkestra," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan