Suami Gosok Baju Sendiri - Farawahida

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 3:19 PM

Farawahida dan suami Abdul Shukur Mohd Zain

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida mengakui dia tidak mahir dalam hal menggosok pakaian lebih-lebih lagi baju kerja suaminya, Abdul Shukur Mohd Zain, 30.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 29, berkata, sejak kecil lagi dia lebih senang memberikan tugas itu kepada ibunya kerana risau jika pakaian tersebut hangus terbakar.

"Saya memang malas nak gosok baju lebih-lebh lagi apabila melibatkan pakaian suami. Saya rasa kerja itu susah, tambah pula suami amat peka dengan garisan-garisan di baju.

"Memandangkan suami tahu saya tidak pandai menggosok, dia tidak berani nak minta saya melakukan kerja itu dan baginya, lebih elok jikar dia sendiri yang menggosok baju-baju kemejanya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Farawahida menambah, dia bersyukur apabila suaminya seorang lelaki yang tidak cerewet dalam apa saja perkara.

Malah, dalam hidangan makanan harian juga, Shukur lebih senang memakan masakan lauk biasa dan ia memudahkan lagi untuk penyanyi itu menyediakan makanan.

"Alhamdulillah suami saya tak cerewet lebih-lebih lagi bab makanan. Dia lebih suka kalau ada dua jenis lauk untuk dimakan dengan nasi.

"Memandangkan saya suak memasak, rasa tak puas pula kerana tak dapat nak masak macam-macam," ujarnya.

Farahwahida dan Shukur Mohd Zain telah bernikah di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.

Tags / Kata Kunci: farawahida kahwin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan