Atai (Anak Saudara Sudirman) Berhenti Kerja Mahu Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 3:02 PM

Atai

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak saudara seniman Datuk Sudirman Hj Arshad iaitu Atai mengambil risiko meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden Pos Malaysia demi mengejar impiannya sebagai seorang penyanyi profesional.

Atai atau nama sebenarnya Razman Azrai Zainudin, 41, berkata, dia berani membuat keputusan demikian kerana yakin karier muzik yang sudah lama ditinggalkannya sejak kemunculan album sulung pada tahun 1985, Sahabat, akan menaikkan namanya semula.

"Allahyarham Sudirman percaya bahawa bakat saya boleh pergi jauh, jadi kenapa saya tidak boleh yakin dengan kebolehan diri sendiri?

"Saya pula seorang yang percaya dengan setiap kerja yang dilakukan dan pada masa sama tidak boleh melakukan dua bidang yang berbeza serentak.

Atai

"Sudah tiga tahun saya berfikir tentang perkara ini dan ya, saya telah meletakkan jawatan sebagai Baib Presiden Pos Malaysia pada Januari lalu," katanya.

Atai ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya iaitu Kul it! di Restoran Putri di sini pada petang Jumaat.

Tambah bapa kepada dua orang anak itu, antara sebab lain dia mahu kembali aktif di bidang nyanyia kerana ingin menyambung legasi bakat bapa saudaranya itu.

Kerana itu, Atai memilih lagu Sudirman, Kul it! sebagai langkah pertama menyanyikan semula lagu tersebut dengan susunan muzik yang lebih segar.

"Saya masuk semula ke dalam industri dengan penuh misi dan strategi. Pemilihan lagu Kul it! juga disebabkan Allahyarham Sudirman pernah berkata lagu ini boleh diperdengarkan tanpa perlu mengikut zaman.

Sudirman Hj Arshad

"Kemudian saya ingin memastikan akan sentiasa ada produk lagu baru untuk menarik minat masyarakat tempatan.

"Alhamdulillah, walaupun baru saja melancarkan Kul it!, saya sudahpun menandatangani kontrak sebagai duta produk minuman kesihatan Yakult bersama dengan Fara Fauzana.

Lagu Kul it! yang dicipta oleh Sudirman sendiri bersama dengan Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan dan Habsah Hassan telah disusun semula oleh komposer Daniel Veerapen.

Tags / Kata Kunci: sudirman atai

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan