Nas Adila Mohon Petunjuk Pilih Calon Suami

Diterbitkan: Khamis, 20 Februari 2014 3:17 PM

Nas Adila

Nas Adila

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nas Adila yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Datuk Jamal Abdillah akhirnya menyerahkan kepada Allah dengan melakukan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk memilih calon suami.

"Sebagai seorang perempuan saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika bertemu dengan lelaki yang saya rasakan sesuai.

"Oleh itu, jika saya berkawan rapat dengan lelaki, sudah tentu saya mengharapkan untuk dia menjadi suami dan bukan hanya sekadar untuk suka-suka," katanya kepada mStar Online.

Nas Adila

Tambah Nas, dia sering melakukan solat istikharah untuk memohon agar diberikan petunjuk sama ada lelaki yang didekatinya itu sesuai atau tidak dijadikan teman hidup.

Dalam pada itu, Nas berkata, dia menilai seorang lelaki melalui akhlak yang ditonjolkan dan latar belakang keluarga terlebih dahulu.

"Jika saya rapat dengan seseorang lelaki selalunya saya akan buat sembahyang istikharah supaya diberi petunjuk.

Alif AF6

Alif (AF6)

Sementara itu, Nas mengakui tidak menaruh harapan untuk mengahwini Jamal sebagaimana kecoh diperkatakan sebelum ini.

Dia juga menganggap gosip tersebut sebagai lumrah kehidupan seorang artis.

"Saya tahu perkara sebenar yang terjadi antara hubungan saya dengan Datuk Jamal, namun biarlah saya berdiam diri sahaja bagi tidak mengeruhkan keadaan," katanya.

Dalam pada itu, Nas turut mengakui sedang berkawan rapat dengan penyanyi Alif (AF6).

Mereka juga bakal mengeluarkan single duet  terbaharu  dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Nas Adila , Alif AF , Nikah , Jamal Abdillah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan