Beyonce Larang Anak Makan Gula - Berita Hiburan | mStar

Beyonce Larang Anak Makan Gula

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beyonce Knowles
Beyonce Knowles

PENYANYI Beyonce Knowles tidak membenarkan anak perempuannya, Blue Ivy makan makanan segera dan gula yang berlebihan.

Penyanyi 32 tahun itu dan suaminya penyanyi rap Jay Z sangat menjaga pemakanan anak yang kini berusia dua tahun bagi mengamalkan cara hidup yang sihat seperti dilaporkan usmagazine.com.

"Dia sentiasa memastikan Blue makan makanan yang sihat. Dia tidak benarkan anaknya itu makan gula kecuali pada majlis hari jadi atau majlis istimewa sahaja," ujar sumber.

Bagaimanapun, Beyonce sentiasa memastikan bayinya itu mendapat makanan seperti buah-buahan bagi mengantikan kandungan gula.

"Makanan yang sudah diproses langsung tidak dibenarkan dalam keluarga itu," ujar sumber lagi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan