Masalah Teknikal Jejas Pratonton Filem 'Sejoli'

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Iesta Tengku Alaudin
Tengku Iesta Tengku Alaudin

PETALING JAYA: Pratonton filem Sejoli yang berlangsung pada malam Jumaat lalu kecoh apabila tayangan yang sepatutnya bermula pada 9.30 malam tergendala sehingga hampir dua jam.

Pengurus Besar Grand Briliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, berkata, masalah itu berlaku kerana masalah teknikal pawagam tersebut yang tidak dapat dielakkan.

"Kami minta maaf atas kelewatan yang disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dijangka," katanya sebelum memulakan sidang media filem Sejoli yang berlangsung di Cathay Cineplexes, Curve, di sini.

Dalam kejadian itu, pihak media, pelakon dan tetamu terpaksa keluar dari panggung dan menunggu kekosongan bilik pawagam lain sehingga menyebabkan segelintir tetamu dan media yang hadir mengambil tindakan untuk pulang tanpa menyaksikan tayangan berkenaan.

Bagaimanapun, tayangan filem arahan Osman Ali itu diteruskan kira-kira pukul 10.50 malam.

Filem tersebut dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, Izara Aishah dan Dira Abu Zahar.

Menurut Tengku Iesta, filem komedi dengan genre romantik komedi ini ditayangkan bersesuaian dengan bulan Februari yang sering dikaitkan dengan bulan cinta.

"Kami tidak sangka dapat tarikh pada bulan ini dan ia adalah satu kebetulan, diharap ia membantu daripada segi menarik lebih ramai penonton untuk meraikan cinta," katanya.

Sementara itu, pengarahnya Osman berkata, cabaran utama adalah dalam mencari keserasian dan mengimbangi watak-watak utama filem ini.

Tambahnya, kesemua pelakon diberi masa selama dua minggu untuk mengenali dan mencari keserasian tersebut sebelum memulakan penggambaran.

"Susah juga untuk mengimbangi watak masing-masing kerana kesemua pelakon adalah pelakon hebat, saya tidak mahu ada watak yang terlalu menonjol dan ada yang tenggelam.

"Oleh itu saya teliti pada penulisan skrip dan ketika penyuntingan agar ia sama dan tidak ada membayangi mana-mana watak," katanya.

Dalam pada itu, filem tersebut juga menjalani penggambaran di Phuket dan sekitar Kuala Lumpur.

Filem ini mengisahkan tentang strategi Joe lakonan Bront Palarae dan Gina (Maya Karin) yang merancang untuk merosakan hubungan dan perkahwinan bekas kekasih mereka iaitu Hardy (Remy Ishak) dan Nita (Izara Aishah).

Pelbagai muslihat kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan bantuan rakan baik mereka iaitu Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) namun tidak berjaya.

Filem Sejoli terbitan Grand Brilliance akan berada di pawagam bermula pada 20 Februari ini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan