Simon Cowell Kini Bergelar Bapa Kepada Bayi Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simon Cowell
Simon Cowell

BEKAS pengkritik The American Idol dan X Factor, Simon Cowell mengumumkan kelahiran bayi lelakinya yang dinamakan Eric pada lewat Jumaat.

Eric dinamakan sempena nama bapa Cowell.

Cowell membuat pengumuman itu menerusi laman Twitternya sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di New York.

Kawan-kawan rapat Cowell mengetahui yang dia sangat menyayangi bapanya, Eric.

Cowell sempat terbang sejauh 3,500 batu dari London ke New York menggunakan jet peribadinya dan sampai tepat pada masanya untuk berada di sisi kekasihnya Lauren sebelum Eric dilahirkan.

Sebelum itu Lauren telah menelefon Cowell untuk memaklumkan yang dia bakal melahirkan anak mereka pada Jumaat bukan hujung bulan ini sepertimana yang dijangkakan oleh para doktor.

Sebelum ini Cowell dikenali sebagai seorang yang enggan menimang cahaya mata kerana dia tidak mahu memikul tanggungjawab yang berat sebagai seorang bapa.

Tetapi jutawan yang berasal dari Britain ini tidak mempunyai pilihan lain selepas menyedari yang teman wanitanya telah mengandung.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan