Konsert 'Cahaya Cinta Tanpa Sempadan' Capai Objektif

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persembahan Malam Gala Cahaya Cinta Tanpa Sempadan Bersama Datuk Rossa berjaya mencapai objektif dalam visi kemanusiaannya dimana salah satunya adalah program bersama Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).

Pengarah Ekskutif Airish Global Sdn. Bhd, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, diharap malam penganjuran makan malam itu akan dapat memperluaskan kempen kesedaran masyarakat dalam menunjukkan keprihatinan terhadap golongan tidak bernasib baik.

"Kejayaan ini juga akan menaikkan semangat untuk terus membantu Misi Kemanusiaan Cinta Tanpa Sempadan tanpa mengira bangsa dan agama pada masa akan datang," katanya kepada mStar Online.

Acara yang berlangsung pada pukul 9 malam di Hotel Royale Chulan di sini diserikan dengan persembahan Afghan, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rossa.

Mesej yg disampaikan oleh pengasas KBNAB Norlina Alawi juga dapat memberikan kesan mendalam kepada setiap hadirin pada malam itu.

Afghan yang tampil pada set pembukaan persembahan menyampaikan lima buah lagu iaitu Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, dan Sadis.

Afghan turut meluangkan masa bersama para peminat dan tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Manakala kemunculan Datuk Jamal Abdillah menggamatkan dewan dengan lagu popularnya Kau Kekasih Awal Dan Akhir.

Kemantapan vokal Jamal diteruskan dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah yang mendapat sorakan penonton.

Tidak menunggu lama, Rossa tampil dari pintu masuk utama untuk memulakan persembahan dengan lagu Pudar yang telah menaikkan namanya di Malaysia.

Rossa sempat bersalaman dan bergambar dengan para peminat semasa menyanyi lagu tersebut sebelum meneruskan persembahan dengan Terlalu Cinta dan .

Bersempena dengan majlis amal itu, Rossa turut menyampaikan beberapa lagu medley cinta iaitu I Knew I Loved You, To Love You More dan Thousand Years yang didedikasikan kepada anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan.

Sebuah paparan video momen dia bersama anaknya turut dipaparkan di sebuah skrin besar di atas pentas meninggalkan saat manis buat penyanyi itu.

Rossa turut menyampaikan beberapa lagi lagu hitnya seperti Ku Menunggumu, Hey Ladies, Ayat-Ayat Cinta dan sebuah lagu duet bersama Afghan berjudul Salahkah.

Malah Rossa turut mengundang Jamal untuk berduet dengannya menerusi lagu Seri Langkat.

Sementara itu, Rossa ketika ditemui, bersyukur acara berkenaan mencapai objektif atas nama keperihatinan sesama insan.

Malah kata Rossa, dia ingin terlibat lebih banyak dengan program sedemikian terutama yang melibatkan kerjasama dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan