Tiba Masa Shaheizy Sam Pilih Filem Berkualiti

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shaheizy Sam Abdul Samad
Shaheizy Sam Abdul Samad

PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui sudah tiba masanya untuk dia menyambung perjuangan meningkatkan mutu industri filem tempatan dengan terlibat melalui filem-filem berkualiti.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, dia hanya akan memilih filem yang dapat membantu industri perfileman dan secara tidak langsung memberi kepuasan kepada kerjayanya itu.

"Ia adalah perjuangan asal saya ketika mula-mula jadi pelakon, namun saya tidak mampu untuk melakukannya ketika itu kerana saya perlukan duit untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.

"Sekarang apabila sudah selesa, barulah saya boleh memilih untuk berlakon filem-filem yang benar-benar memberi kepuasan kepada saya sebagai pelakon seperti filem Songlap," katanya ketika ditemui pada pelancaran single baharunya berjudul Bangun bersama pelakon Liyana Jasmay, di Talent Lounge, di sini, Rabu.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapore, Darren Choy, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle (Malaysia), Jasmmine Wong, dan komposer, Audi Mok.

Dalam pada itu Sam juga bakal kembali berlakon drama yang dirasakan mempunyai skrip yang bagus.

Ujarnya, kepuasan seorang pelakon boleh didapati dalam lakonan drama berbanding filem.

"Penjiwaan watak untuk filem dan drama berbeza, lebih-lebih lagi drama bersiri, yang mana saya dapat rasakan kepuasan yang maksimum.

"Insya-Allah, selepas ini saya akan kembali beri tumpuan kepada drama terutamanya kepada drama yang mempunyai skrip yang kuat," katanya.

Sementara itu, single Bangun yang dihasilkan adalah khas buat peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kerjayanya dalam industri seni.

Katanya, lebih istimewa lirik lagu Bangun ini turut disumbangkan oleh peminat-peminat melalui kempen yang dianjurkan oleh Nescafe.

Tambah Sam, dia menerima sebanyak 50 ribu lirik sepanjang dua bulan kempen Nescafe On Sam berlangsung.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan