Konsert Percuma Christina Aguilera, Rain Di KLCC Hujung Mac

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Christina Aguilera
Christina Aguilera

PETALING JAYA: Penyanyi Christina Aguilera membuat kejutan untuk membuat persembahan pada ‘Twin Towers @Live’ di negara ini bersama bintang sensasi Korea Selatan iaitu Rain dan juga penulis lagu Craig David.

Mereka dijangka mengadakan persembahan secara percuma pada 28 dan 29 Mac depan di Menara Berkembar Petronas, KLCC dekat sini.

Aguilera, 33, menjadi masyhur pada tahun 1999 dengan lagu popularnya Genie In A Bottle.

Beliau juga berjaya menjual 50 juta album di seluruh dunia serta memperoleh empat kemenangan dalam Anugerah Grammy.

Persembahannya nanti akan turut dimeriahkan dengan artis-artis tempatan antaranya, Altimet, Oh Chentaku, Joe Flizzow, SonaOne dan Ila Damiaa.

Sejak 2011, Twin Towers @Live dianjurkan sebagai memeriahkan perlumbaan Formula 1, di Litar Antarabangsa Sepang manakala pada tahun ini perlumbaan itu akan diadakan bermula 28 Mac hingga 30 Mac.

Twin Towers @Live 2014 dibawakan oleh Petronas Primax dan Petronas Syntium.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan