Pelakon Veteran Shirley Temple Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shirley Temple pada tahun 2006
Shirley Temple pada tahun 2006

LOS ANGELES: Pelakon veteran Hollywood, Shirley Temple, yang akan lebih dikenang sebagai pelakon kanak-kanak dengan senyuman menawan meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada Selasa.

Temple, yang memulakan karier lakonan pada usia tiga tahun dan menjadi popular menerusi lagu nyanyiannya berjudul "On the Good Ship Lollipop," meninggal kerana sakit tua di kediamannya di sini.

"Lagu The Good Ship Lollypop” kini pergi meninggalkan kita bersama-sama Shirley Temple," kata pelakon popular Whoopi Goldberg menerusi laman sosial Twitter.

Mempesonakan para penonton menerusi nyanyian, tarian dan senyumannya yang manis bersama lesung pipit, Temple menghiburkan orang-ramai ketika Amerika dilanda era depresi yang buruk dan murung.

Pada usia enam tahun, dia menjadi pelakon termuda yang pernah memenangi Anugerah Oskar.

Pengaruhnya tersangatlah besar sehinggakan Presiden Amerika, Franklin D. Roosevelt pernah berkata," selagi negara ini mempunyai Shirley Temple, kita semua akan terhibur dan berasa senang hati belaka."

Beliau menguasai filem-filem pecah panggung dari tahun 1936 sehingga 1938 dan membintangi lebih dari 40 buah filem - hampir kesemuanya sebelum berusia 12 tahun.

Temple memenangi kategori pelakon kanak-kanak terbaik dalam Anugerah Oskar pada 1935 dan Anugerah Sepanjang Hayat daripada Screen Actors Guild pada 2006.

Beliau juga pernah dilantik sebagai duta Amerika Syarikat ke Ghana dan kemudian ke Czechoslovakia, juga sebagai duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Shirley Temple juga berjaya mengatasi penyakit kanser payudara di awal tahun 1970an.

Dilahirkan pada 23 April 1928 di Santa Monica, California, Shirley Jane Temple memulakan kariernya sebagai pelakon dalam filem pendek berjudul "Baby Burlesques," yang mana ia adalah sebuah filem parodi yang menampilkan kanak-kanak memegang kesemua watak utama.

Beliau kemudiannya berlakon dalam filem dewasa "Stand Up and Cheer".

Tetapi lakonannya dalam filem "Bright Eyes," yang menampilkan lagu popular, "On the Good Ship Lollipop," dan selepas itu diikuti oleh filem "Heidi" serta "Rebecca of Sunnybrook Farm" yang telah melonjakkan namanya dalam dunia perfileman.

Walaupun di kemudian hari, Temple membawa watak gadis remaja dalam filem "The Bachelor and the Bobby Soxer" bergandingan dengan pelakon pujaan Hollywood Cary Grant dan selepas itu dalam filem "Fort Apache" bersama-sama pelakon cowboy popular John Wayne, Henry Fonda dan juga John Agar, (suaminya yang pertama), tetapi lakonannya tidaklah menyerlah ketika era kanak-kanaknya.

Selepas bercerai dengan Agar, Temple bertemu dengan Charles Black yang kemudiannya menjadi suaminya yang kedua. Mereka berkahwin pada Disember 1950.

Kemudian pada tahun-tahun 1960an, Temple menunjukkan minat yang mendalam kepada politik dan dilantik sebagai delegasi Amerika ke Perhimpunan Agung PBB ketika di bawah era pemerintahan Presiden Richard Nixon.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai duta Amerika ke Ghana dan selepas itu Czechoslovakia.

Beliau meninggalkan tiga orang anak iaitu Lori, Charlie dan Susan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan