Amir (Raja Lawak) Dedah Digilai Dua Wanita Muda

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amir
Amir

PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) mendedahkan telah menemui cinta hati selepas kecewa dengan lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya sebelum ini.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia digilai oleh dua orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur selepas mereka berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.

“Saya mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan mereka,” katanya kepada mStar Online.

Dalam laporan portal ini tidak lama dulu, Amir membuat pendedahan dikecewakan lima wanita termasuk seorang yang bekerja sebagai jururawat.

Kelima-lima mereka menggunakan Amir untuk mengambil kesempatan menyebabkan dia serik untuk terus jatuh cinta.

Dalam pada itu pemuda yang berasal dari Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan ini berkata, perkenalannya dengan dua wanita berkenaan yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun, pada peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa

Katanya, kedua-dua wanita itu juga turut meluahkan perasaan mencinta Amir termasuklah menghantar mesej-mesej berbau sayang setiap masa.

“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Amir, disebabkan ketiadaan kerjaya tetap dan mengharapkan pendapatan sebagai pelawak, dia belum memutuskan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.

Bercerita mengenai kerjaya, Amir berkata dia lebih banyak dijemput menjadi pengacara untuk majlis-majlis tertentu yang kerap kali dikendalikan bersama pelakon Bell Ngasri.

Walaupun pendapatannya tidak menentu namun dia tidak pernah berkira dengan bayaran yang bakal diberikan penganjur bagi mengendalikan sesebuah majlis.

“Saya tak ‘demand’ pun. Biasanya untuk satu-satu majlis, kalau diberikan bayaran dalam RM3,000 pun saya ambil. Jumlah tu kalau tinggi, boleh dibincangkan lagi. Apa yang penting saya dapat pekerjaan untuk menyara hidup,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan