Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib. Foto SHA'ARI CHE MAT.
Gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib. Foto SHA'ARI CHE MAT.

SHAH ALAM: Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala peserta solo iaitu Nabil Ahmad berada di tempat kelima. Nabil mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish.

Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan