Johan Seronok Tidak Dikenali Kerana Rambut Pendek

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah Johan berimej botak yang diambil dari Instagram isterinya.
Wajah Johan berimej botak yang diambil dari Instagram isterinya.

PETALING JAYA: Setelah beberapa tahun tampil dengan imej rambut panjang dan berjambang, pelakon Johan (Raja Lawak) mengakui lebih selesa dengan imej botak dan berambut pendek.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, berkata, imej baharu itu bukan sesuatu yang pelik baginya kerana dia pernah berimej sedemikian sejak zaman persekolahan.

"Sebelum ini saya dah biasa botak. Saya tak kisah. Jadi tiada kelainan. Yang berbeza adalah apabila saya berambut panjang," katanya kepada mStar Online.

Johan berkata demikian bagi mengulas mengenai imej baharunya itu selepas kembali menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati, pada 16 Januari lalu.

Jelas Johan, dengan imej rambut pendek, urusan mempersiapkan diri untuk keluar ke studio sebagai deejay seawal pagi menjadi lebih mudah.

"Bila nak bangun pagi, saya tak perlu fikir pasal rambut. Sekarang senang nak urus dan saya rasa lebih segar. Banyak kelebihan berambut pendek," katanya.

Johan berkata, dia berasa seronok apabila ramai yang tidak mengenalinya dengan imej begitu.

"Orang tak perasaan saya kalau tampil dengan imej ini. Seronok sangat sebab orang tak kenal," katanya.

Johan akan membuat penampilan sulung dengan imej botak sebagai pengacara peperiksaan mingguan program realiti komedi terbaharu Astro iaitu Skool of Lawak yang akan bersiaran di Astro Warna (Saluran 132) bermula pukul 10 malam, 14 Februari ini.

Beliau turut digandingkan buat pertama kalinya bersama Jep (Sepahtu) untuk mengacara program tersebut yang bakal bersiaran selama 10 minggu.

Mengulas mengenai gandingan dengan Jep, Johan menyifatkan Jep sebagai seorang yang versatil.

"Dia serba boleh. Dalam Sepahtu dia menggerakkan kumpulan itu. Saya tiada masalah digandingkan bersama kerana kami memang sudah kenal lama," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan