Farawahida Tiada Niat Bersikap Riak Tentang Majlis Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farawahida dan suaminya tampak berseri pada acara persandingan mereka. Foto Ihsan ROTIKAYA.
Farawahida dan suaminya tampak berseri pada acara persandingan mereka. Foto Ihsan ROTIKAYA.

PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida tidak mempunyai sebarang niat untuk bersikap riak apabila memaklumkan majlis perkahwinannya di Taiping, Perak dilaporkan bernilai RM500,000.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 29, berkata, dia sendiri tidak mengetahui nilai sebenar tajaan Empayer Che Det itu dan jumlah yang disebut itu bukan datang daripada mulutnya.

"Nilai yang dinyatakan bukan datang daripada saya dan jauh sekali saya hendak bersikap riak atau menunjuk-nunjuk.

"Saya bersyukur ada pihak yang ingin memberikan tajaan tetapi saya tidak pula meminta-minta dengan majlis perkahwinan bernilai ratusan ribu ringgit. Saya serahkan kepada penaja untuk menentukan," katanya.

Farawahida ditemui selepas resepsi kedua majlis perkahwinannya dengan Abdul Shukur Mohd Zain, 30, yang diadakan di Dewan N'Dah Shah Alam pada malam Rabu lalu.

Dalam pada itu, Farawahida berkata, dia semakin selesa bergelar isteri kepada Abdul Shukur walaupun kadang kala berasa sunyi apabila suaminya keluar bekerja.

"Kalau dulu saya sering ditemani oleh ibu atau pun pengurus tetapi sekarang sudah berbeza. Apabila seorang diri di rumah mula rasa sunyi ketiadaannya," katanya.

Tambah Farawahida, Abdul Shukur juga bukan seorang lelaki yang cerewet terutamanya dalam hal makan-minum.

Sementara itu, Abdul Shukur berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan jika isterinya ingin meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian dan akan terus menyokongnya.

Dalam perkembangan lain, Farawahida berkata, buat masa ini mereka masih belum sempat untuk berbulan madu dan berhasrat melancong ke Jepun dalam masa terdekat.

Bagaimanapun dia dan suaminya akan bercuti dalam negara terlebih dahulu dengan menaiki kereta api mengelilingi Malaysia.

Ditanya soal anak, dia menyerahkan rezeki berkenaan kepada Allah.

Farahwahida dan Abdul Shukur Mohd Zain selamat diijabkabulkan di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.

Pada majlis tersebut, pihak perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 bersama dua bentuk cincin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh pihak lelaki.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan