Baizura Kahar Tinggalkan Dunia Lakonan Tumpu Tulis Skrip

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Baizura Kahar  (kanan) kini berhijab bersama suaminya Wan Mohd Arif.
Baizura Kahar (kanan) kini berhijab bersama suaminya Wan Mohd Arif.

KUALA LUMPUR: Pelakon Baizura Kahar menganggap kemenangannya dalam Pertandingan Penulisan Skrip Filem Pendek anjuran ANEXT Star Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebagai platform untuk dia aktif semula dalam industri seni tanah air.

Baizura atau nama sebenar Norbaizura Ahmad Kahar, 32, berkata, dia lebih yakin untuk menghasilkan penulisan skripnya untuk diberikan kepada mana-mana produksi drama atau filem.

"Alhamdulillah, saya tidak sangka skrip saya terpilih untuk memenangi pertandingan ini dan saya harap ia akan membuka mata orang ramai terhadap kemampuan saya dalam bidang ini.

"Ketika saya berlakon dahulu pun saya minat untuk menulis cuma tiada keberanian untuk memberi hasil tulisan tersebut kepada mana-mana pihak," katanya kepada mStar Online, pada Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Penulisan Skrip Filem Pendek di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas, di sini pada Khamis.

Baizura sebelum ini pernah memenangi kategori Aktres Terbaik pada Anugerah Skrin 2008 melalui filem Sepi.

Bagaimanapun, wanita ini mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia lakonan bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Saya lebih berminat dalam bidang penulisan berbanding lakonan, tapi ketika itu ramai yang memperkecilkan bakat pelakon seperti saya.

"Mereka anggap pelakon tidak pandai menulis skrip, namun sebenarnya jika dilihat daripada latar belakang pendidikan saya ialah ijazah dalam bidang pengajian media dan komunikasi serta seni persembahan di Universiti Malaya," katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang dunia lakonan, Baizura berkata, dia tidak berminat untuk kembali beraksi di hadapan kemera seperti dahulu.

Jelasnya, pengalaman sebagai pelakon dijadikan sebagai panduan untuk dia berkarya.

"Skrip saya menang mungkin kerana karyanya berbeza dengan orang lain dan saya mempunyai pengalaman sebagai pelakon.

"Insya-Allah saya akan teruskan bidang ini dan cuba menulis skrip lebih baik," katanya yang kini sedang sarat mengandung cahaya mata kedua selepas mendirikan rumah tangga dengan Wan Mohd Arif pada 2010.

Baizura memenangi pertandingan tersebut dengan skrip filem pendek berjudul The Journey.

Sementara itu, dua pemenang lain ialah Mohammad Fathil Ahmad Shahab dan Jeffry Chiang dengan skrip berjudul Khatan dan Joshua Nawan Ng (Andy & Violet)

Ketiga-tiga pemenang ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000 dan Samsung Galaxy Note 10.1.

Pemenang turut berpeluang memfilemkan skrip tersebut oleh A Next Star Production untuk dibawa ke Festival Filem Antarabangsa.

Pertandingan yang bermula pada 6 September tahun lalu diadili oleh juri-juri profesional iaitu pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh, Pemenang Academy Award, Roger Christian, Eksekutif Produser, Jef Lim dan Pengarah Filem, Harun Rahman.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan