Syamsul, Syafiq Kongsi Majlis Resepsi 18 April Depan

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Patimah dan suaminya, Yusof sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan dua anak lelaki mereka.
Patimah dan suaminya, Yusof sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan dua anak lelaki mereka.

PETALING JAYA: Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing.

Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.

"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.

"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Patimah turut mengesahkan Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini.

Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.

"Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan berharap semua perkara akan berjalan lancar," katanya.

Tambah Patimah lagi, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

"Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar," katanya.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan