Selepas Fasha, Pengarah Drama Pula Tegur Disiplin Dazrin

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Along Kamaludin mengakui Dazrin sering datang lewat ke lokasi penggambaran.
Along Kamaludin mengakui Dazrin sering datang lewat ke lokasi penggambaran.

PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri Miranda, Along Kamaludin mempertahankan tindakan pelakon Fasha Sandha menegur sikap aktor, Dazrin Kamarudin, 26, yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama berkenaan.

Along berkata, tindakan Fasha itu tidak salah kerana sebagai pelakon senior, dia berhak memberi nasihat bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.

"Tuduhan kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan adalah tidak benar. Fasha menegur dia sebagai seorang senior dan juga kakak. Pada saya tindakan itu tidak salah kerana ia dilakukan demi kebaikan bersama.

"Saya juga tidak mahu isu ini terus berpanjangan kerana penggambaran drama ini masih dijalankan.

"Hari ini (Rabu) baru masuk hari ke-46 penggambaran. Tak naklah ia terhenti di tengah jalan disebabkan kemelut ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Dazrin yang akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan tuduhan dia tidak berdisiplin.

Sikap pemuda itu didedahkan oleh Fasha Sanda dalam sebuah akhbar pada Isnin lalu yang antara lain mendakwa Dazrin sering datang lewat ke lokasi sejam sehingga dua jam mengakibatkan penggambaran drama berkenaan terganggu.

Dalam pada itu, sebagai pengarah drama tersebut, Along turut mengakui masalah disiplin yang dihadapi oleh Dazrin.

"Isu Dazrin tidak berdisiplin adalah benar. Saya akui dia memang datang lambat ke lokasi penggambaran," katanya.

Jelas Along, beliau tidak membantah niat Dazrin untuk memberikan penjelasannya tetapi berharap agar isu itu diselesaikan secara baik.

"Jika dia nak buat sidang media terpulanglah tapi saya harapkan kemelut ini diselesaikan secara baik. Kalau berlarutan takut pula ia akan menyusahkan semua pihak," katanya.

Sebagai seorang pengarah dan orang yang lebih tua, Along berkata, dia turut menasihati Dazrin agar mengubah sikap demi masa depan kariernya.

"Saya ada nasihatkan Dazrin supaya mengubah sikapnya itu. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sudah tentu sebagai seorang pengarah, saya mahukan yang terbaik untuk semua," katanya.

Menurut Along, perubahan dalam diri Dazrin dapat dilihat selepas ditegur.

"Sejak akhir-akhir ini, saya dapat lihat perubahan pada Dazrin. Diharap dia akan terus begini sehingga penggambaran drama itu berakhir," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan