Aiman Hakim Akhirnya Buka Mulut Berkasih Dengan Fathia

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aiman Hakim dan Nur Fathia
Aiman Hakim dan Nur Fathia

KUALA LUMPUR: Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia sejak setahun lalu.

Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.

"Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan 'tradisional' apabila berbicara perkara sebegini," katanya kepada mStar Online.

Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.

Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.

Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.

Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati keluarga masing-masing.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari, Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pementasan teater.

Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.

"Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.

"Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga," jelasnya.

Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.

"Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.

"Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan